IMPORTANT:

LOOKING FOR DROPSHIPPER AGENT, COMISSION 10-30% DEPENDS ON PRODUCT, NO FEES REQUIRED.
Those interested email to bettermoms@gmail.com

Wednesday, 24 August 2011

CARA BASUH CLOTH DIAPER (CD)

CARA BASUH CLOTH DIAPER (CD)

Rules:
1. Avoid softener
2. Avoid using a lot of detergent
3. Best using special cloth diapers detergent

1st timer:
PREWASH CD

CD yang baru dibeli mesti dibasuh beberapa kali dahulu sebelum digunakan. Tujuan:
1. Kebersihan
2. Menambah daya serapan
3. Menghilangkan natural oil jika bahan organik seperti bamboo digunakan

Prewash CD sekurang2nya 3X.
Pada awal pemakaian , gunakan < dari 4 jam. Selepas beberapa kali basuhan seterusnya, penyerapan akan bertambah baik, boleh gunakan lebih lama.

Cara Prewash dan penggunaan CD : Detail

1. Basuh dahulu cloth diaper (CD) dan 'insert' (3 kali prewash) yang pertama kali hendak digunakan. Tidak perlu di berus, basuh menggunakan tangan, gunakan sedikit saja sabun (lebih elok guna sabun kain jenis kurang buih. tidak mengandungi enzyme (contoh enzyme pewangi atau enzyme
pemutih) kerana sesetengah bayi mempunyai kulit yang sangat sensitif.  Bilas, perah dan jemur hingga kering.
Sabun yg sesuai: Pureen HAD.

2. Masukkan 'insert' ke dalam poket CD. bagi yang menggunakan insert bamboo charcoal, terpulang untuk dimasukkan ke dalam pocket atau diletakkan di atas poket ('Insert' yang dibuat bamboo charcoal oleh menyentuh kulit bayi, berbeza dari insert microfiber yang tidak boleh diletakkan secara terus
menyentuh kulit bayi kerana kuasa serapannya yang kuat akan menyerap lembapan semulajadi pada kulit bayi).

3. Pastikan insert ditolak kemas sampai ke bahagian depan (terutama
kalau bayi lelaki) . Boleh digunakan sehingga 4 jam atau 4 kali basahan (sama seperti lampin pakai buang) bagi baby newborn, semakin bayi membesar kekerapan kencing kurang tapi jumlah amount yang dikeluarkan banyak, maka masih boleh guna up to 4hrs tapi sekali atau 2x basahan sahaja.

4. Bagi bayi yang 'heavy wetter', boleh dimasukkan dua 'inserts' ke dalam poket CD. Insert kedua boleh diganti dengan kain napkin biasa juga. Boleh juga gunakan booster, kelebihan booster penyerapan lebih tetapi ketebalan diapers kurang.

Mengurus CD Kotor

Selepas guna, spray cd bersama insert menggunakan jet spray water utk bilas najis, spay ke dalam mangkuk or lubang tandas, selepas itu kumpul CD dalam baldi.

Anda boleh memilih basuh menggunakan tangan atau basuh guna mesin basuh. Sebelum dibasuh, keluarkan 'insert' dari CD. Sekiranya tidak ada najis, bilas dan boleh terus dibasuh dengan tangan (berus tidak digalakkan terutama berus sabut) atau dimasukkan ke dalam mesin basuh ( seelok-eloknya dimasukkan ke dalam jaring kain (laundry net) supaya CD lebih tahan lama). Kurangkan sukatan sabun
(1/4 daripada sukatan biasa).

JANGAN masukkan 'softener' atau clorox semasa membasuh kerana 'softener' boleh mengurangkan daya
serapan dan clorox boleh merosakkan CD/'insert'. Sekiranya ada najis, buangkan dahulu ke lubang tandas dengan pancuran air paip dan bilas dengan air sebelum dimasukkan
ke mesin basuh.

Anda boleh menggunakan cecair basuh pinggan (contohnya 'Sunlight') pada 'microfleece' untuk
menanggalkan wama kekuningan (kesan najis) sekiranya ada. Sekiranya CD tidak sempat dibasuh terus, tinggalkan saja didalam baldi kering tanpa perlu direndam dan boleh dibasuh
kemudian.

Bagi 'insert', sekiranya sudah lama digunakan dan nampak kekuningan, JANGAN gunakan clorox untuk memutihkanya. Boleh diperahkan limau nipis pada 'insert' yang basah dan ditinggalkan seketika sebelum dibasuh. Ataupun boleh dicampurkan sedikit soda bicarbonat semasa membasuh kemudian dibilas dengan air yang dicampurkan dengan sedikit cuka yang telah dicairkan.  Hanya insert shj, JANGAN dibuat pada CD kerana cuka boleh merosakkan PUL (material sebelah luar CD) yang boleh mengakibatkan kebocoran.

BILA DAH KERAP LEAK ( CD cepat bocor walaupun baru kencing 1x)  baru lakukan 'stripping/ strip wash' iaitu dengan membersihkan bahagian dalam dan luar dengan sabun basuh pinggan yang elok kuasa tanggal minyaknya contohnya 'Sunlight', kemudian dibilas bersih-bersih supaya inner dapat berfungsi dengan baik. Biasanya apabila CD sudah lama digunakan dan nampak seperti inner kurang menyerap dan air kencing keluar mengikut tepi CD. maknanya 'stripping' perlu dilakukan untuk mengeluarkan kekotoran halus atau mendapan sabun yang mungkin terperangkap pada inner.


6 comments:

  1. fleece tu lapisan gebu yang terletak pada inner baby diapers. ia mengekalkan baby sentiasa kering :)
    microfleece dr microfiber
    bamboo fleece dari bamboo

    ReplyDelete
  2. Ingatkan microfleece tu poket untuk masukkan insert..

    ReplyDelete
  3. Microfleece, bamboo fleece, suede semua material yg digunakan untuk buat inner cd :)

    ReplyDelete
  4. insert bamboo tu boleh basuh ngan mesin basuh x?boleh x gune dynamo untuk basuh CD?thanks

    ReplyDelete
  5. insert bamboo boleh masuk mesin
    tak boleh guna dynamo, rujuk pd n3 list penggunaan detergent ya

    ReplyDelete