IMPORTANT:

LOOKING FOR DROPSHIPPER AGENT, COMISSION 10-30% DEPENDS ON PRODUCT, NO FEES REQUIRED.
Those interested email to bettermoms@gmail.com

Thursday, 16 May 2013

Compare: Cloth Diapers Babyland dan Smartbaby



Kedua2 babyland dan smartbaby adalah cloth diapers jenis poket. Pocket CD bermaksud bahagian dalam CD mempunya selapisan kain yang dipanggil inner, dijahit kepada bahagian cover luar menjadikan poket.

SMARTBABY LARAS XS HINGGA L

BABYLAND LARAS S HINGGA L


Bahan penyerap pula dipanggil insert. Insert didatangkan sekali dengan setiap set CD. Insert ini akan dimasukkan ke dalam poket sebagai bahan penyerap.

Poket CD di pasaran terdiri dari pelbagai material seperti microfleece, microsuede, bamboo cotton, bamboo terry , bamboo charcoal dan sebagainya.

Babyland CD yang dijual oleh kami mempunyai inner diperbuat dari bamboo charcoal material. Kelebihan bamboo charcoal boleh baca di sini

Inner smartbaby juga diperbuat dari material bamboo charcoal, ini kerana kelebihan bamboo charcoal yang disukai ramai adalah cepat kering.


inner bamboo charcoal, CD babyland single leg gusset

Perbezaan inner Babyland, dia ada satu leg gusset seperti kebanyakan cloth diapers lain. Leg gusset berfungsi mencegah kebocoran najis melalui bahagian peha. Bagi smartbaby, kami tambahkan extra leg gusset ( jadi inner babyland ada double gusset). Kelebihan double gusset lebih mencegah kebocoran cd berbanding CD denagn single gusset. Contoh yang paling ketara kelebihan double gusset ialah apabila anak mengalami cirit birit. Double let gusset membantu menghalang najis yang cair dari mengalir keluar melalu celah peha dengan lebih berkesan berbanding single gusset.



Babyland cutting yang kecil sedikit banding smartbaby. Bagi parents yang suka cutting conventional lebih memilih style babyland. Babyland juga punyai butang tutup/ smap button dihadapan. Babyland juga terdapat penutup jenis pelekat velcro.


Smartbaby pula hanya ada jenis butang , dan butangnya jenis side snap / ketap di tepi. Jika side snap memudahkan pemakaian bagi baby yang tidak duduk diam, bergerak kiri atau kanan, juga babgi baby yg tidur meniarap.



Monday, 11 March 2013

Isu: Kenapa Pengasuh Tak Mahu Pakaikan Cloth Diapers?

Pakai cloth diapers senang sahaja, terutama jika AIO atau pocket style , yang diprepare oleh ibu siap2 dirumah, pengasuh suma perlu buka dan tukar macam pakai disposable diapers. Jadi mengapa pengasuh susah sangat nak pakaikan anak kita cd? tak suruh basuh pun. Lagipun boleh kurangkan sampah dirumahnya?

Bila saya survey2, google2, tanya2, dan berdasarkan pengalaman sendiri, 2 sebab utama pengasuh tidak gemar pakaikan cloth diapers;

1. Kerap bocor, terutama sekali jika terlambat tukar
2. Berbau hancing

Dalam post kali ni saya nak terangkan senario yang pertama dahulu. Pakaikan anak dengan normal pocket cloth diapers, bila di rumah kita akan tukar paling lama pun 4 jam sekali, atau jika sudah bau kencing , kita tukar. Tak de masalah bocor. Bagaimana di babysitter house bocor?

Kadangkala babysitter jaga lebih dari seorang anak kecil, tambahan babysitter juga ada urusan rumahtangga yang perlu diselesaikan, maka sesekali terlajak lebih dari 4 jam tak tukar diapers, bila terlupa tukar, CD BOCOR sbb baby dah heavy wetter... dah jadi kerja nak bersihkan najis yang maybe lekat pada tilam or pada kusyen dan sebagainya....

Tapi dah pakai 2  insert kenapa bocor juga? Saya dapati salah satu masalah adalah dari segi design, masalah kebocoran dapat dikurangkan dengan menggunakan keupayaan penyerapan insert sepenuhnya

Bila anda pakaikan cloth diapers biasa (pocket diapers ) sebahagian insert akan berada dibahagian pusat dan mungkin atas lagi. Kawasan ini biasanya tidak dibasahi dengan jika baby pee kerana terletak di bahagian atas.

Perhatikan cloth diapers dibawah ini

Ini Smartbaby Cloth Diapers

Bahagian belakang berelastik, sama seperti diapers biasa
Bahagian hadapan juga berelastik ( unik banding pocket diapers biasa)
Bahagian butang disisi ( side snap)



Bahagian hadapan, insert kelihatan memenuhi hadapan, kurang di bahagian atas


Lihat insert lebih kebawah daripada kebelakang. Bila insert kebawah, ia boleh menyerap pee lebih banyak


Bila berdiri, boleh lihat insert lebih kebawah, pinggang berada pada pusat atau bawah sikit dan bukan atas pusat, bila pee dah berat, insert akan lebih kebawah kerana berat dan penyerapan pee lebih banyak banding kebanyakan normal design pee.


Ni lagi satu close up, CD penuh tu sbb baru bangun tidur.. hua..hua..hua


Kesimpulannya, Smartbaby memang susah bocor berbanding normal diapers kerana designnya yang unik. Jika tak percaya cubalah :)

Oh ya, banyak lagi nak cerita tapi lain kali ya .. bye...